Kami meraikan tiga orang dalam kuliah terakhir saya bersama pelajar sarjana. dua daripadanya naik pentas untuk menerima ijazah sarjana muda mereka hari ini. syabas buat Safwan dan Izzudin. kemudian, tahniah buat Haizal yang selamat menjadi suami pada hujung minggu lalu. saya jadi tukang baca doa. antaranya saya bermohon agar kami terus bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan, menerimanya dengan segala kerendahan hati, jauhkan kami daripada keangkuhan (apalah makna segulung ijazah sedang kami bermegah-megah dengannya. apalah ada dengan kedudukan kami berijazah sedang peribadi kami sangat tidak bermaruah). dan semoga dengannya Allah terus mengasihani semua yang turut berdoa sungguh-sungguh dalam acara kecil kami itu. TAHNIAH juga buat semua pelajar saya yang bergembira di dewan besar universiti hari ini. doa saya sdr terus dirahmati dan dijuruskan Allah jalan ke syurga.
Comments