Buah pauh buah bacang,
Buah pinang di dalam puan;
Angkat sauh, lipatlah kajang,
Pulau Pinang tinggallah tuan.

Pucuk pauh berulam pauh,
Petang-petang kacau inti;
Sayang saya berkasih jauh,
Petang-petang hancur hati.



Kuliah yang menarik, memancing mahasiswa saya bercakap tentang kepekaan deria halus manusia Melayu dengan alamnya. bagaimana buah pauh, buah bacang membawakan kenangan dan rindu. aduhai pantun Melayu, cantiknya! begitu juga rapatnya Melayu dengan ragam cuaca atau gerak masa. bagaimana kemudian puisi lama bersahabat dengan  sajak rakaman Usman Awang, Firdaus Abdullah mahupun Zaihasra. saya tahu ada mahasiswa yang senyum sinis dengan  pensyarahnya yang keliru antara pauh dengan bacang. saudara, tahu? mangga, mempelam, kuini? ini kuliah sastera bandingan. banyak yang kami temukan garis yang serupa dan banyak juga bezanya gaya.






Comments

CIK NEEYA said…
Ya. Pantun Melayu sangat indah kan Dr..selepas kuliah hari tu, saya berfikir tentang ni dan saya buat kesimpulan sendiri mungkin buah bacang atau pauh boleh membawa rindu atau kenangan kerana bau harum pada buah itu. mungkin juga pendapat saya salah :)
Mawar said…
Neeya,
ya, pantun dalam kotak falsafahnya memang banyak menyua makna yang lebih luas. terus membanding ya!