Allah. seharian ini banyak doa untuk mahasiswa saya. belum pernah rasanya, banyak ingatan saya seharian dengan doa lewat sujud panjang buat mereka. ya Allah kasihanilah mahasiswaku. peliharalah mereka. berilah mereka kekuatan iman, ketaatan kepada-Mu, selalu mencintai-Mu dan Rasulullah. kasihani mereka kerana terlalu besar gelombang dugaan dan godaan yang harus didepani, sedang mereka begitu rapuh. perindahkan mereka dengan ilmu dan fikiran yang jernih, agar ia membawa mereka melihat bahawa reda Allah itulah yang dimahukan dalam seluruh hidup. hanya jika masa muda dapat bercerita tentang masa hadapan! alangkah. begitu Rasulullah dalam kesedihan, Allah memujuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan (dhuha: 7-8). Allahu akhbar! benarkan doa saya ini, ya Allah.
Comments
Terharunya saya bila tahu yg Dr mendoakan kami pelajar-pelajar Dr..
semoga Dr juga diberi kekuatan dan kesabaran dalam tugas berkongsi ilmu dengan kami yang pelbagai ragam ini. :)
terima kasih atas doanya.
insyaAllah.
terima kasih kerana sudi mendoakan kami..Dugaan dan godaan yang mendatang tentu saja boleh mengganggu pertimbangan dalam membuat keputusan.Moga kami semua diberi petunjuk oleh Allah dalam kehidupan..
p/s : memasang cita-cita mahu menjadi manusia berjiwa besar.. moga Allah permudahkan ! :-)
insyaAllah. amin. moga malaikat turut mengaminkan doa kita.
nasihat guru agama saya waktu remaja yang mudah diingat: buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang Allah.