Alhamdulillahi rabbil alamin. hadiah kali ini saya hulurkan kepada mahasiswa saya. doa saya agar mereka juga akan banyak dihadiahkan Allah dengan iman dan ilmu. sehingga dengannya mereka akan lebih bersyukur. tulisan saya yang pernah disiarkan dalam Jurnal Pemikir (jan-mac 2011), diangkat sebagai pemenang tunggal kategori kajian sastera dalam HSKU 2011. judulnya ialah Tradisi dalam Novel Remaja Sri Rahayu. dan yang manis, dalam acara malam tadi, saya duduk bersebelahan dengan novelis kajian saya itu, Cikgu Sri Rahayu Mohd Yusop. saya senang dengan susuk peribadi guru bahasa Inggeris yang mempunyai kekuatan tersendiri dalam penghasilan novel berbahasa Melayu. tahniah Cikgu Sri!
Comments
Terima kasih. Tahniah juga buat sdr. Insya Allah panjang umur kita berjumpa lagi.
Tahniah atas kejayaan ini. Semoga terus cemerlang dua dunia. Amin amin.
Terima kasih atas ucapan yang sangat saya hargai. doa yang sama buat Wardah.
Saya merasa kecil duduk dicelah dua srikandi besar tempohari. Tersepit di tengah-tengah, saya sekadar nasihatkan diri saya supaya 'duduk dima-diam'. :p
insyaAllah.
saya doakan, setulusnya.
TAHNIAH sekali lagi.
saya juga mahu 'duduk diam-diam' sahaja. saya sebenarnya selalu malu dan segan bila hadir dalam acara sebegitu. Allah!
terima kasih banyak atas ucapannya. alhamdulillahi rabbil alamin.