si cantik terbaru dari taman kami
Saya banyakkan salawat buat Rasulullah, keluarga dan sahabat. beginilah perasaan apabila dilayan dengan cuti panjang bersambung-sambung. Zahar memujuk, harus cari mood sihat untuk bekerja hari ini. alhamdulillah, saya lapang dada menapak ke bilik kerja dengan salam dan salawat lagi. ya Allah, redhailah saya sebagai hamba-Mu yang menjalankan amanah, meneruskan nafas hidup yang Kau peruntukkan. esok mahasiswa baru tiba di fakulti. dan kami mahu ucapkan selamat datang. saya mahu ucapkan bersyukurlah dengan nikmat menuntut ilmu. taman syurga yang luas terbentang buat saudara!

Comments

RayyanZilfi said…
Alhamdulillah!Bergenang airmata tatkala saya membaca kisah sahabat nabi, Saidina Anas bin Malik.Kisah lembut dan santunnya nabi s.a.w dengan anak-anak kecil.Seusia begitu saya selalu diasak dengan tengkingan meskipun di selang-seli dengan pujukan lembut oleh wirawan saya yang saya anggap sebagai ibu/kakak kandung.Alhamdulillah, tak banyak terkesan perangai yang negatif itu.Memang betul kata ustaz di kuliah subuh tempohari, ada sesetengah kemaafan walau telah dimaafkan, namun tetap teringat jua/tak dapat melupakan.pun begitu, jauh lebih elok dari langsung tidak memaafkan sesama manusia!
Mawar said…
Rayyan
aduhai, airmata saya bergenang juga...