Saya mengagumi manusia yang berjiwa besar. mereka tidak jarang menularkan semangat itu kepada kita yang berada di samping. ia menjadi seperti pancaran matahari yang cantik pagi ini setelah beberapa hari hujan dan mendung.  Alif Matiin sempat membuat ulasan sewaktu melihat langit dari tingkap kereta, awan yang cantik, mummy.  namun manusia berjiwa besar begitu sangat jarang saya jumpa. yang saya temui adalah (anak muda) yang banyak mengalah sebelum mencuba. perlu berteman di mana-mana. selalu bertapi dan berkalau. mahu semua sebelum berusaha. mahu segalanya datang dengan tidak perlu bersusah payah. aduhai. begitulah saya didatangi  mahasiswa baru  yang begitu risau kerana tidak punya teman untuk ke kuliah, ke perpustakaan mahupun ke kafe. benar, saya tidak berdusta! ia mengembalikan zaman mahasiswa kami; saya lebih suka sendiri kerana jika sebaliknya, saya akan selalu harus menunggu! kepada mahasiswa itu saya beritahu, ayuh berkawan dengan saya, akan saya berbahagi banyak cerita tentang mereka yang berjiwa besar! kebetulan saja saya membaca ad dukhaan: 6 - sebagai rahmat dari Tuhanmu, sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. antara tafsirannya, rahmat itu ialah apabila Allah menjadi sahabat! 

Comments

Saya sukakannya Dr! Teringat kembali semasa hari pertama kuliah! Kesorangan... :( Dalam kelas pula seorang saja yang berasal dari Melaka, terasa sangat kerdil diri ini.... Hahahhaa
Mawar said…
Rai
apa yang tidak kenanya dengan "saya seorang...", bukankah itu istimewa? :-)
Rai yang saya kenal sekarang semakin cekal dan bijak, syabas!
Mohd Tarmizi said…
Saya teringat pesan. Katanya, "mana mungkin boleh larut dalam Plato, atau Socrates, dikala dikelilingi teman, dikelilingi kebisingan, dikelilingi ketergesaan. Untuk larut bersama Plato dan Socrates hanya dengan bersendirian, berseorangan dan bersunyian."
Mawar said…
Tarmizi
sesungguhnya!
mana mungkin ya....
Mohd K. Anuar said…
Rindu sungguh saya nak masuk kuliah Dr. lagi. mungkin nanti, ada peluang dan masa, saya cuba pula ambil ijazah dalam bidang bahasa. mudah-mudahan insya-allah.