Kerja rumah Alif Matiin saya minta lakukan antaranya dalam bentuk menyalin semula apa yang dibacanya dari buku. membaca, menulis dan membaca kembali apa yang ditulis. saya melihat ia adalah latihan selain daripada memfasihkan bacaan dan merapikan tulisan (aduhai rupa tulisan anak saya!), adalah amalan menumpukan perhatian, mengeja, memahami apa yang dibaca dan mula mengarang kisah sendiri. kemudiannya saya menyedari bahawa kerja menyalin semula, memindah kata, diikuti mengarang kembali, menggubah, mengurang, menambah, menyimpang atau menyesuaikan, adalah tanggapan Muhammad Haji Salleh tentang dasar teori kepengarangan Melayu (Puitika Sastera Melayu, 2000: 166-175). saya tidak pasti kaedah saya ini bagus dari sisi pedagogi untuk kanak-kanak. ini antara penelitian yang saya jadikan kerja rumah pelajar sarjana saya.
Comments
'reminisce' series and say what you think in writing comments. It is a habit that helps memory.
terima kasih atas ulasan yang menarik ini. ya, doa saya juga ia bermanfaat, insya Allah.
betapa masa sudah jauh merentas!
rahmat Allah buat sdr sekeluarga.