kecintaanku


Ya Allah jadikan kami hamba-Mu yang mencintai al Quran. seikhlasnya! apa makna ikhlas itu? kecintaan tersebut hanya untuk Allah. jauhkan kami daripada keangkuhan, sedang kami hanya debu yang berterbangan (al waqi'ah: 6). beberapa waktu ini, saya diberitahu ada beberapa surah yang molek diamalkan pada hari jumaat seperti al waqi'ah dan al kahfi. malah di surau kecil kami, setiap subuh akan cuba saya hayati makna 30 ayat yang dibaca imam dari surah as sajdah. dan menjadi tabiat kebanyakan kita membaca surah yaasiin pada malam jumaat. sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan sedang mereka tidak menyombong diri (as sajdah: 15). Allah!

Comments

Anonymous said…
Good post! This is the kind of information that should be distributed on the online community. I would like to read more of this.
Akmar said…
salam'alaik Dr,
surah al-Waqiah juga dapat memberi kemurahan rezeki jika diamalkan.Saya amalkan membacanya setiap malam.InsyaALLAH.
p/s : Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah amin..
RayyanZilfi said…
Dr Mawar,
saya difahamkan elok membaca surah Ad-Dukhan pada malam Jumaat dan Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.Kalau tak silap, ini dari hadis nabi s.a.w.Jika saya silap, harap perbetulkan.
Mawar said…
Rayyan
jazakillah khair.
insyaAllah akan saya mula amalkan dengan tambahan ad dukhan.
sangat bahagia menerima maklumat ini!