Hari ini tazkirah subuh terakhir sebelum al faqir terbang ke Tanah Suci untuk ibadah haji. tazkirah kali ini sangat berbekas. tajuk yang sangat saya tunggu-tunggu dalam banyak tazkirah. makna tangisan sebagai manusia muslim. al faqir memujuk hati kami seusai subuh ini untuk mengenang dosa-dosa dan betapa ia menggunung. namun rahmat Allah maha luas. sehingga kita hampir dihumban ke jurang neraka yang dahsyat kawah apinya, kita masih terselamat dengan setitis air mata keinsafan. air mata itu malah dapat memadamkan julangan api neraka. Allahu akhbar! wahai saudaraku, usahlah menangis pada kekasih yang lari meninggalkan, usahlah menangis pada wang yang dicuri orang, usahlah menangis pada perkara dunia yang tiada apa-apa. menangislah kerana Allah,  mengakui kebesaran Allah dan betapa kecilnya kita.  semoga kita terus istiqamah dalam beribadah. ikhlas beribadah kerana taqwa. itu kata-kata akhir al faqir. kami doakan perjalanan panjang al faqir dan isteri dirahmati. memperoleh haji yang mabrur. Allah!
 

Comments

GadisAntik said…
salam puan. sy wakil dr ahli kumpulan sy dari universiti putra malaysia, pelajar jurusan komunikasi tahun pertama berbesar hati ingin menjadikan puan sebagai tokoh cerpenis kami bagi subjek 'penglahiran bakat kreatif'. tugasan ini perlu di hantar pd 10 oktober 2012. oleh itu, suka kira nya jika puan sudi meluangkan sedikit masa utk kami menemu bual puan. sekiranya puan sudi, email sy di noorsyuhaidahzawawi@yahoo.com dgn secepat yg mungkin. terima kasih puan. ;)
Mawar said…
Wa'alaikumussalam sdr Noor
Terima kasih atas penghormatan ini.
Seingat saya ini kali ke 4 atau 5 saya mahu diwawancara untuk kursus yang sama. Tidakkah banyak yang berulang nanti?