Berapa kali kita merakam syukur setiap hari? adakah makna syukur dalam sebutan alhamdulillahi rabbil alamin? adakah dengan perlaksanaan solah? adakah dengan berbahagi rezeki dengan orang lain? adakah dengan memberi apa yang kita ada? adakah dengan sujud syukur? banyak nikmat yang saya terima tanpa saya perlu meminta kepada Allah. masya Allah. dan banyak pula yang saya tidak mengerti mengapa saya diberikan, sedangkan datangnya ia seperti gunung permata yang mahu dimiliki banyak orang. ternyata ia membuat saya berfikir. saya tidak mahu jadi manusia haloba dan tidak tahu di mana letak diri.  akhirnya saya jadi malu sendiri dengan banyaknya tawaran dunia yang sebenarnya sangat memabukkan. Allahu Akhbar! 

Comments

ardisia said…
Dr Mawar,
Saya cuba untuk bersyukur ketika saat diuji, bukan hanya bersyukur ketika limpahan rahmat dan segala macam rezeki dicurahkanNya.Setiap saat dan detik, tak terhitung rezeki yang diberikan olehNya, datang dengan berbagai rupa.Cuma mata kasar ini amat mudah memandang kepada kekurangan yang ada, sedangkan tak terhitung atas anugerah yang ada di sekeliling.Kesihatan,umur,sahabat yang soleh,jiran yang baik,kenderaan yang baik,tempat berteduh.Aduh!Kan dah cakap..TAK terhitung!
Mawar said…
Ardisia,
ya, saya juga belajar perkara yang sama!
Mariah SJ said…
TERIMA KASIH KERANA BERKONGSI RASA. RINDUNYA PADA ALAM DAMAI DAN HATI YANG SENTIASA TENANG KERANA MENGINGATINYA....
Mawar said…
Kanda Mariah
ya itulah fitrah!