Adat anak lelaki yang sedang membesar, nakalnya macam-macam. saya semakin kuat berdoa, Allah beri kesabaran kepada Zahar dan saya untuk mengasuh Mohican. nakal budak, ada yang kata itulah tanda bijak. saya masih bersyukur. dalam geram, saya sering dikejutkan Mohican kami dengan senarai jawapan yang membuat saya mahu memeluknya dengan kejap. semalam, sewaktu memandu pulang, ini antara dialog kami:
saya: dalam hidup kita takut kepada siapa?
mohican: Allah.
saya: kenapa kita takutkan Allah.
mohican: sebab Allah Maha Besar.
Comments
mesejnya terpadam AM @ Mohican kerana terlampau seronok mahu baca!
sejuk perut ibu mengandung!
oh!
Moga Allah rahmati..