solahku



Ustaz menambah dalam tazkirah, jangan sampai solat kita dijadikan seperti kain buruk yang akan dicampakkan ke muka kita seusai solat. takbir, ruku'  atau sujud akan mencela kita! ya Allah, hinanya kita di sisi Allah. ya Allah sia-sianya solat yang didirikan. ya Allah! saya membaca berkali-kali surah al Maun. antara orang yang mendustakan agamanya ialah ahli solat yang celaka, mengapa? kerana mereka lalai dalam solatnya. ya Allah, dengan segala rasa rendah hati, terimalah solat kami, peliharalah solat kami. 

Comments