Saya membaca ini di fb, Allah sembunyikan enam perkara untuk kita berfikir:
1- menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.
3- menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung dalam al Qur'an.
4- menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.
5- menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat yang lima.
6- menyembunyikan tarikh terjadinya hari kiamat dalam semua hari.
1- menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.
3- menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung dalam al Qur'an.
4- menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.
5- menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat yang lima.
6- menyembunyikan tarikh terjadinya hari kiamat dalam semua hari.
alhamdulillahi rabbil alamin. Zahar khatam al Qur'an hari ini. sedang saya masih terkial-kial dengan surah-surah lazim. kalau Alif Matiin tahu mummynya macam siput, mesti digiatnya saya. ya Allah, lapangkan masa saya, bersihkanlah hati saya! pernah saya mengalirkan air mata ketika di Masjidil Haram. saya duduk di sebelah seorang perempuan yang lancar bacaan al Qur'annya. kemudian saya berbisik kepadanya betapa saya takjub, memberitahu bacaan saya tidak sebaik dia, dan bertanya adakah dia guru mengaji al Qur'an. perempuan cantik itu mengiyakan dan sekejap itu saya melihat dia menangis. saya tidak tahu apa makna airmatanya. alangkah jika saya tahu perkara-perkara yang disembunyikan Allah.
Comments
saya bayangkan yang dia seorang yang cantik luar, cantik dalam, cantik bacaan al-Quran, cantik segalanya.
perempuan itu dari Kedah.
saya tidak sempat berkenalan lanjut. alhamdulillah. saya bertemu banyak perempuan cantik di Masjidil Haram.
subhanallah!
subhanallah!
jangan tercubit pipi emaknya yang cantik tu!
tak mungkin.mana boleh cubit orang dewasa, nanti dikatanya tak beradab.ada suatu masa semasa terawih di situ, saya diagah oleh kanak2 yang bermata bundar dan berwarna biru dalam usia 2-3 tahun, betul2 depan saya.berdiri atas sejadah!alhamdulillah saya tak tergelak.cobaan!cobaan!
sedikit masa dulu, saya selalu diagah A Matiin ketika solat! memang dugaan.