Kerap, saat kami menyambut azan subuh, ada sahutan dari anjing berhampiran rumah. sangat mendayu. sangat panjang. beberapa jiran juga menyedarinya. saya turut mendengar sahutan yang sama di kawasan universiti (ya, kampus kami ada anjing yang berkeliaran! dan saya sudah membuat laporan kepada pihak keselamatan). seorang tetangga kami berhujah, haiwan-haiwan itu menyindir kita yang selalu lalai mendakap seruan makna azan. Allahu akhbar. Allahu akhbar!
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelihara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.
Saya selalu ingatkan Alif Matiin supaya berdoa selepas azan. antara doa anak saya ialah mahu jadi anak soleh dan mohon kesejahteraan buat kami. itulah antara saat makbul doa. ya Allah, dengan kasihan-Mu, kami berdoa.
Comments
Alangkah bertuah jika bacaan dalam sembahyang juga sudah dibiasakan dengan terjemahan dari dulu lagi.
Dalam usia begini terasa rugi sangat.
terima kasih.
insya Allah masih ada kesempatan.
1.tempat kita selalu solat/sujud
2.pintu langit yang membawa naik amalan2 baik ke atas sana.
Selalu tersenyum semasa membaca kisah ketua semut bercakap semasa nabi Sulaiman a.s dan tenteranya lalu, dan selalu bayangkan, oh alangkah jika sekiranya kucing2 di rumah boleh bercakap bahasa manusia dan berkata "kenapa ya kamu bangun dan solat Subuh lewat hari ini?"..dll.
masya Allah.
saya terkesan dengan "2 benda" itu.
jazakillah khair!