Cerpen saya, Tamsil Daun dalam Dewan Siswa Ogos 2012. sejak menjadi penulis pojok ulasan cerpen dari tahun 2007, inilah pertama kali saya mengajukan cerpen di majalah yang banyak memberikan kenangan dan sejarah kepada kebanyakan penulis (muda). Tamsil Daun, saya tujukan kepada anak-anak perempuan, khususnya. sudi membaca!

Comments

Menarik Dr.. InsyaAllah cuba untuk dapatkannya..
Mawar said…
Rai
terima kasih.
semoga jumpa!
Tetamu Istimewa said…
Tahniah ya Dr. Saya telah pun membacanya.
Mawar said…
Tetamu istimewa,
Alhamdulillahi rabbil alamin.
Jazakallah khair!
Dr Mawar saya telah mendapatkannya dan membacanya. Sangat menarik, walaupun di awal cerita saya tidak dapat menangkap jalan sebenar cerita tersebut. Namun, akhirnya saya faham. Tersentuh dan terharu! Tahniah Dr! Sangat memberi pengetahuan dan pengajaran. Bolehlah selepas ini, meninggalkan nota dengan menggunakan sehelai daun ya =).. Teringat pula kisah Hindustan Mohabbatien.. Ops! Gurau saja!! Apapun tahniah Dr!
Mawar said…
Rai
terima kasih.
tunggu tugasan kursus PK nanti!
Akmar said…
salam'alaik Dr Mawar..
saya juga sudah selesai membacanya.Terima kasih kepada Raiyana kerana sudi berkongsi.hehe.Cerpennya sangat menarik Dr, mesej yang jelas tentang aurat yang wajib ditutup dan bukannya "di sarung". Perkara ini kurang dititik beratkan terutamanya golongan anak gadis pada hari ini. Moga kita semua diberi hidayah untuk melakukan amar makruf nahi mungkar. InsyaALLAH..
Mawar said…
Anakanda Akmar yang solehah

insyaAllah saya selalu mendoakan anak-anak didik saya dijuruskan ke jalan yang lurus. diperindahkan adab dan ibadah mereka selalu.