Saya sudah mahu beralih surah. namun masih teringat surah al Takathur yang sangat menawarkan kesedaran. saya mengimbas puluhan tahun lampau dalam bulan ramadhan, berjalan kaki pulang daripada qiamullail di masjid, sahabat saya sempat mengingatkan. jangan ada kesombongan dengan ibadah yang sedikit kita lakukan ini. doakan mereka yang masih tidur dan hanya bangun sahur untuk makan. sedang mereka tidak memaanfaatkan waktu untuk menjaga Allah dengan solat tahajjud, taubat dan hajat. doakan mereka. doakan mereka. doakan mereka. nasihat itu saya lanjutkan kepada Alif Matiin setiap kali melihat anak kecil yang kurang bernasib baik. doakan saudaramu itu mendapat kesejahteraan dan kasihan Allah, anakku.

Comments

Mursyid said…
Assalamu'alaikum

Ramadhan Kareem Doktor Mawar.

Ya, manusia selalu terperangkap dalam diri sendiri, dengan merasakan diri ini lebih baik dari orang lain kerana amalan-amalan yang dirasakan "lebih" dari orang lain. Sedangkan kita tidak tahu mungkin orang itu sudah banyak beribadat di waktu siang, atau mungkin orang tersebut tertidur.

Saya terjumpa blog doktor ketika sedang melayari Internet, rasa-rasanya kali terakhir saya membaca karya doktor ialah ketika di bangku sekolah, iaitu cerpen 'Virus Zel Untuk Abah' yang seingat saya cerpen itu ada elemen futuristik. Kalau ada peluang mungkin saya ingin membaca karya-karya doktor yang lain.

Doakan saya supaya dapat memanfaatkan ramadhan ke-5 saya di perantauan.

Semoga ALLAH memberkati doktor

Muhammad Mursyid
Irbid, Jordan.
Mawar said…
wa'alaikumussalam
Sdr Muhammad Mursyid yang jauh,

jazakallah khair.
semoga ibadah kita dipelihara dan diterima Allah.

semoga ini ramadhan terbaik sdr.

mawar