Menjadi impian saya dapat membaca al Qur'an dari perkakas digital.  mudah dibawa ke mana-mana dalam tas tangan berbanding versi cetakan. subhanallah! maha suci Allah! maha suci Allah! saya baru sahaja menikmati bacaan asal dan terjemahan ayat-ayat lazim dari si Note putih seramik ini. versi Qur'an android.  banyak juga catatan yang dapat dirakam tanpa terkial-kial mencari kertas dan pen dari beg tangan saya yang terdapat beberapa lagi beg kecil di dalamnya. alhamdulillahi rabbil alamin!

Comments

Haiqal Hazwan said…
Assalamualaikum Dr. Mawar

Pertama sekali, maaf andai saya mengganggu Dr. Mawar. Namun, saya buntu mencari jalan menghubungi Dr. Mawar melalui emel atau alternatif lain.

Tujuan saya ingin menghubungi Dr Mawar adalah untuk membantu proses penghasilan kajian saya berkenaan novel, sejajar dengan keperluan program International Baccalaureate (IB).

Lantaran itu, saya ingin mengetahui kaedah untuk menghubungi Dr Mawar.

Terima kasih.
Mawar said…
Sdr Haiqal,
Terima kasih.
Boleh hubungi saya di mar@ukm.my