Hujung yang minggu yang sarat! bergegas pulang ke kampung omak mertuo den untuk meraikan acara membina semula pagar rumah yang sudah usang. kemudian kami berlari ke rumah bonda dan terasa perjalanan jauh itu, dekat. di lebuhraya, baru saya teringat, tetangga kami yang akan berpindah ke miri dan malang sekali kami tidak dapat merakamkan ucapan selamat tinggal dan hingga jumpa lagi. menjelang senja, kami menitip Mohican yang akan bercuti di rumah sepupunya pula. oh apalagi yang saya mampu lakukan selain berdoa. dalam kelelahan yang panjang kerana saya semakin tua, perlahan-lahan saya menyusun kata dengan rapi. semoga pagar kayu cantik itu dapat mengikat kami sekeluarga, dapat menghimpunkan kami seamannya. semoga demam dan batuk bonda cepat kebah dengan sup sayuran panas yang sempat saya sediakan. semoga tetangga saya senang dengan kehidupan baru kerana mereka juga adalah teman yang sangat membahagiakan. semoga Mohican riang dengan percutian sains kali ini dan lebih memahami erti sebuah penciptaan. ya Allah, semoga semua yang saya kenang itu dalam redha-Mu, selalu!

Comments

Mawar said…
Ardisia
doa saya untuk kesejahteraan Ardisia sekeluarga!