Pada hari yang sama, kita ditemukan dengan dua rasa yang saling bertelingkahan. suka dan duka. ria dan gulana. begitulah, siangnya kami meraikan pasangan mempelai dan lewat petang kami sudah berada di wad hospital, menziarahi yang ditimpa kecelakaan. saya jadi begitu insaf dan bersujud panjang di penjuru masjid lewat maghrib. Allah membentangkan kedua-duanya untuk saya berterima kasih atas asuhan untuk bersyukur dalam apa juga suasana - saat hati diduga rawan, jiwa diamuk haloba yang besar atau tiba-tiba bahagia datang sebagai takdir. alhamdulillahi rabbil alamin... 

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum wr. wbt.

Dua sisi hidup selalu disempadani oleh garis halus tajam yang kelabu warnanya. Saya melihat hidup sebagai yang disebut Buya Hamka dalam salah satu kuliahnya tentang kehidupan:

"Ketika satu perarakan menghantar pengantin melalui permatang sawah yang sempit, mereka berselisih pula dengan perarakan menghantar jenazah ke kuburan. Perarakan pengantin yang penuh dengan wajah senang, berseri-seri dan penuh kesukaan bertukar menjadi pilu dan sedih melihat jenazah yang akan berangkat ke negeri abadi. Orang-orang yang menghantar jenazah pula yang kelihatan bersedih kehilangan orang yang dicintai bertukar raut wajah jadi tersenyum melihatkan perarakan pengantin yang bakal mendirikan kehidupan baharu mereka."

Rupa-rupanya, soal garis halus sisi kehidupan itu memang dipegang Buya Hamka dalam fikirannya sepanjang waktu. Saya menemukan pernyataan yang sama dalam salah satu cerpen karangan beliau:

"...Tengah hari doktor datang memeriksa; katanya Wongso meninggal sebab lapar! Dan berapa hari yang lalu ia sudah melihat seorang kaya mati kerana terlalu banyak makan!
...
Pada sebelah simpang jalan, perarakan menghantar mayat itu terhalang sebentar, kerana bertemu dengan suatu perarakan ke Pasar Malam. Kami harus melalui jalan yang amat sempit, kerana makhluk ramai berduyun-duyun. Semuanya berbaju indah, semuanya gembira serta berseri-seri mukanya. Setelah matahari condong ke barat, barulah kami sampai ke perkuburan.

(cerpen Pasar Malam dari Kumpulan Cerpen "Di Dalam Lembah Kehidupan", HAMKA)


Wassalam,
Encik Anon
Mawar said…
Encik Anon
waalaikumussalam

terima kasih berbahagi pandangan Hamka.