Antara kemalangan dalam hidup ialah berjumpa dengan manusia licik. saya rasa sangat kurang selesa untuk bersamanya. kenapa? saya merasakan satu kesedihan yang bergantungan. saya sedih kerana kelibat licik itu yang saya lihat dan sebaliknya bukan keikhlasan. pernahkah saudara berasa sedih apabila mendampingi seseorang yang panas baran, air muka yang keruh, suka mencari kesalahan orang lain, pengadu domba atau kasar tutur katanya? bagaimana perasaan saudara ketika bersama mereka? ya, itulah yang turut rasakan apabila dengan si licik. Allah, ampunkan saya. betapa saya tahu ia bukan hanya sebuah prasangka.
Comments
Saya cuma akan rasa kasihan. Sangat-sangat kasihan. Kepada mereka yang dengan segala sifat itu. Juga kepada diri saya, kerana tidak dapat menjadi sahabat yang lebih baik.
Wassalam,
Encik Anon
terima kasih.
saya juga pernah rasa kasihan. saya selalu membayangkan saat dia dilahirkan. dia bersih, didambakan dan disayangi. kemudian sedikit demi sedikit dia bertukar rupa, dan pernah menjadi sebuah kebencian orang lain. itulah kemalangan yang saya maksudkan. dan kesedihan itu, ya, bukankah dalam hampir setiap kemalangan, dan dengannya kita berasa sedih?
Mungkin sahaja ada orang yang anomali sifatnya, sedikit eksosentrik. Mungkin sahaja sedih itu lebih dibaca sebagai insaf untuk diri. Malah, ada kemalangan yang membawa rasa sedar (insaf) dan disayangi, oleh diri terhadap diri sendiri.
Kesedihan tidak pernah akan dapat memadam kesedihan itu sendiri.
Ya, mungkin sahaja ada orang yang lebih anomali sifatnya, sedikit eksosentrik.
Adakah saya menasihati diri saya sendiri?
Selamat bersabado-domingo!
Komentar di atas itu kepunyaan saya.
Encik Anon
terima kasih.