Dalam satu acara rasmi yang saya sertai hujung minggu ini, saya belajar antaranya erti menjadi tua. saya mahu menjadi orang tua yang menghormati semua. saya mahu menjadi orang tua yang tidak sekali-kali menuding telunjuk kepada orang lain. saya mahu menjadi orang tua yang memberi asuhan dengan cara yang terhormat. saya mahu menjalani kehidupan tua saya dengan latar dan plot yang indah, sebaik sebelum bertemu dengan-Nya. ya, jika saya dipanjangkan umur menjadi tua dengan izin-Nya jua...
Comments
ya...latar orang-orang tua dalam gerabak keretapi?