Saya terbaca sebuah narasi seorang nenek didakwa di mahkamah di sebuah daerah di Indonesia kerana mencuri ubi kayu. ternyata nenek itu miskin dan harus menyara anak yang sakit dan cucu yang lapar. kebetulan untuk kuliah esok, kami akan membaca sebuah cerpen lama zaman Jepun tulisan A Samad Ismail, Ubi Kayu. saya jadi begitu insaf membayangkan banyaknya makanan di dapur. saya juga segera teringat waktu kecil nenek pernah mengajar saya makan ubi rebus atau ubi goreng dicecah sambal tumis ikan bilis. ia ternyata enak dan saya sangat bersyukur, ya Allah.
Comments
Dan kenangan itu serasi pada diri.
Demikian, jangan lupa yang berganti ingat.
Anekdot yang sebegini (cerita yang sama dalam pelbagai versi, Barat, Zen mahupun Sufisme) memang biasa ditemui sebagai kisah-kisah pengajaran moral.
Bukankah dalam Islam juga ada hadis (?) yang menceritakan tentang kepentingan hidup berjiran, pertanggungjawaban bersama. Malah,bersangkutan dengan hukum hudud, apabila seseorang itu mencuri, bukankah nanti akan ditanya kenapa ia mencuri, dan jika ia miskin maka ia mencuri, bukankah penghakiman akan melihat penglibatan tetangganya dalam membantu menyelesaikan masalah kemiskinannya itu sebelum si pencuri dijatuhi hukuman?
Moga-moga sesi kelas/kuliah akan berlangsung dengan penuh antusias dan mendakap makna sastera sebenarnya.
Wassalam,
Encik Anon
aduhai rindunya!
kenangan yang banyak buat kita jadi begitu bersyukur.
terima kasih.
terima kasih.
ya, seperti peringatan Allah manusia ini seperti haiwan ternak - tidak menggunakan hati, mata dan telinga untuk memahami, melihat dan mendengar kebesaran-Nya.
Allah, ampunkan saya!