Saya masih belum memahami untuk menjadi kekasih Allah mahupun Rasulullah. ya Allah ampunkan saya! begitu saya sangat menyedari adab menjadi kekasih iaitu adanya cinta, adanya rindu, adanya debar setiap kali bertemu. kadangkala dicelahi malu. ada sebahagian pengalaman, saya merasakannya. tapi untuk bergelar kekasih, saya sendiri yang tahu di mana letak diri. ya Allah ampunkan saya. antara halaman awal buku yang sedang saya tekuni ini menyatakan antara syaratnya ialah membuang nafsu. Allahu akhbar! betapa banyaknya dinding yang mengepung dan saya seakan-akan dikurung dan dipenjara di dalamnya. saya sangat malu apabila menerima hadiah ini sempena hari lahir yang lalu. Nis, saya masih belajar untuk menjadi kekasih.
Comments
Pernah baca anekdot tiga kelkatu dan sang api? Antara tiga, ada yang akhirnya bersatu dengan yang dirindui tetapi tak mampu menceritakan pengalaman peribadi itu.
Cubalah cari.
Wassalam,
Encik Anon
terima kasih berbahagi cerita.
saya cuba cari di google, masih belum jumpa. akan cari lagi!
ya, banyak pengalaman peribadi yang tidak dapat diceritakan kembali...
anekdot kelkatu dan cahaya (api) biasanya ditemui dalam fabel2 sufi.
Ini beberapa url dengan anekdot tersebut. Dan satu satu sajak daripada Allama Sir Muhammad Iqbal.
http://www.mysticsaint.info/2008/07/moth-and-flame-sufi-metaphor.html
http://innertraditions.blogspot.com/2010/12/moth-and-candle-sufi-fable.html
http://allpoetry.com/poem/8534151-The_candle_and_the_moth-by-Muhammed_Iqbal
Wassalam,
Encik Anon
terima kasih banyak.
akan baca.
Seperti dirimu, saya juga masih belajar dalam usia yang semakin singkat ini. Semoga kita sempat menemukan sesuatu, insya-Allah!
selamat ya!