Ali Majod meninggal dunia petang ini. itu berita di fb. untuk kuliah kursus cerpen minggu depan, saya menyediakan bahan untuk pengarang dekad 70-an. nama Ali Majod tidak boleh ditinggalkan. dalam kursus yang sama, beberapa sesi lepas mahasiswa menyediakan blognya sebagai tugasan. almarhum sangat akrab dengan MPR dan saya bukan alumninya. namun saya pernah mendapat nasihat Pak Ali agar selalu merujuk al Quran dalam berkarya. saya masih ingat latar nasihat itu, di penjuru bangunan DBP lama. al fatehah buat Pak Ali yang budiman. semoga perjalanan pulangnya yang paling aman dan dalam redha Allah.


Comments

Ummu Madihah said…
Innalillahi wainnailaihirajiun!
Mawar said…
Ummu Madihah
terima kasih sudi singgah. kita akan menempuh jalan pulang yang sama, bila tiba saatnya.
Innalillah, al Fatihah

Dari sehari ke sehari saya dan kawan merancang untuk menziarahi Almarhum. Inilah akibatnya jika selalu menangguhkan kerja :(
Mawar said…
Norziati
ya, saya juga selalu begitu. ia mengingatkan saya kepada "benarlah kata angin itu dan saya meneruskan perjalanan"...

sama-sama kita bermohon agar Allah meredhai Ali Majod...
Anonymous said…
Assalamualaikum wr. wbt.

Saya pernah menyebut tentang tulisan Saleh Daud (Pakcik Esdi) "Tiga Tahun Lapan Bulan" yang disiarkan di Dewan Pelajar pada tahun 80an? (Ketika saya mengenang tentang cerita bersiri Tujuh Anak Australia dalam majalah yang sama?)

Sekarang saya sedang menekuni kembali buku Pakcik Esdi itu yang diterbitkan dalam versi tulisan Jawi moden.

Selain Saleh Daud, Ali Majod selalu lekat di ingatan sebagai antara watak-watak DBP yang membantu membentuk pembangunan diri (sahsiah; emosi dan fikir) yang kukuh kepada anak-anak pembaca Dewan Pelajar/Dewan Siswa tahun-tahun 70an & 80an.

Kita harus berterima kasih kepada watak-watak signifikan DBP ini.

Maka, kepada Pak Ali Majod, inilah yang disebutkan orang-orang dahulu, hutang budi kepada beliau akan kita bawa mati. Semoga Allah SWT akan memberi roh Pak Ali Majod segala rahmah dan kasih sayang. Semoga juga Allah SWT meletakkan beliau tinggi di tempat golongan yang mulia.

Helai-helai kitab dahulu;
Carik sedikit masih dibaca,
Hidup di dunia umpama debu,
Walau sebutir meninggal tanda.

Allahuakbar!

Wassalam,
Encik Anon
Mawar said…
Encik Anon yang entah di mana,
waalaikumussalam
ya, hubungan saya dengan almarhum Pak Ali tidak serapat saya dengan almarhum Othman Puteh mahupun Saleh Daud yang saya panggil ayahanda. namun saya dapat mengenali luhurnya hati Pak Ali melalui cerpennya. luar biasa sekali!

saya juga berdoa agar roh Pak Ali berada dalam kesejahteraan bertemu dengan Penciptanya. amin.

terima kasih atas pantunnya.
saya mahu simpan.

semoga Encik Anon dirahmati selalu.
zaini zaa said…
assalam puan mawar. terlebih dahulu al fatihah buat pak ali majod semoga allah tempatkan bersama golongan hamba hambaNya solih. kali pertama saya kenali allahyarham ketika bertemu di bengkel penulisan novel, cerpen dan puisi di port dickson NS anjuran PEN sekitar tahun 80-an. apa masih ingat, allahyarham menasihati saya agar tekun menulis serta bertanggung jawab menyedarkan masyarakat dalam karya yang ditulis. juga kata allahyarham lagi, lakukannya dengan bersungguh sungguh sehingga tercapai cita cita. itulah kenangan saya yang mengangkat allahyarham seorang karyawan yang luhur dan penyayang...
Mawar said…
waalaikumussalam Sdr Zaini

ya, kita berbahagi insan terhormat yang sama. saya mahu menjadi orang tua seperti almarhum. dihormati terus ke akhir hayat. Allahu akhbar!