Wanginya  saat saya mengemas beg sekolah Alif Matiin. rupanya guru membekalkan beberapa uncang comel bunga rampai sempena sambutan maulidur rasul (Allahumma soli ala saiyidina Muhammad) di tadikanya. malam tadi bilik anak bujang saya seperti bilik pengantin baru!  dan saya mula bercerita tentang Rasulullah yang tiada ibu dan ayah, maka Alif Matiin harus selalu bersyukur, berterima kasih kepada Allah.

Comments

ardisia said…
ya,saya pun rasa bersyukur sangat.saya tiada bapa,dan baru sahaja kehilangan ibu,namun saya masih amat bahagia kerana masih mempunyai mak dan ayah.Walaupun saya bukan lagi anak kecil sebaya AM,tapi rasanya baru semalam saya di alam kecil itu.Terasa amat bersyukur walaupun mak tak pernah mengemas beg sekolah saya tetapi dia mengemas banyak barang-barang lain yang saya...hehe..hingga kini.Sedihlah pula..makan piza papa John sambil dengar lagu Law Kaana Bainana.
Mawar said…
Ardisia,
syukur kita pada banyak rupa rezeki lain yang Allah berikan. antaranya dilahirkan sebagai muslim. Allahu akhbar! alhamdulillahi rabbil alamin.
ardisia said…
betul betul betul,syukurilah,sebutlah alhamdulillah selalu.