Untuk sekian lama saya jarang sempat menonton televisyen. namun mengambil cuti tambahan dengan menyambung cuti hujung minggu, saya dapat duduk lama untuk menonton drama. ya, semalam saya menangis sungguh-sungguh membaca kisah anak-anak gelandangan Kuala Lumpur menerusi drama Pelarian arahan Azma Aizal Yusoof. kisah tiga beradik yang cuba mencari ibu, akhirnya terperangkap dalam derita anak-anak terbiar di kota besar yang menjadi pengemis dan barang dagangan. Allahu akhbar. saya teringatkan anak saya. bersyukur semahu-mahunya, malam ini dia bersama kami di rumah yang selamat. Allahu akhbar, saya jadi malu apabila mabuk dengan masalah kerja saya yang kecil, sedangkan anak-anak yang entah bagaimana wajah kehidupan mereka esok pagi. ya Allah, apa yang mahu saya keluhkan dengan masalah saya berbanding mereka....
Comments
Saya juga bersyukur, masakan tidak! Arwah mak saya pernah bergelandangan! Allah selamatkan saya dengan menghantarkan saya ke sebuah keluarga yang mulia itu.Al-Fatihah untuk ibu saya dan semua ibu-bapa,sahabat handai, guru-guru dan seluruh muslimin dam muslimat.Adoi!Sedihla pula hati ini.
Selamat ulangtahun yang ke-14! Semoga dirahmati selalu di akhirat dan dunia.
Allahu akhbar!
Rahmat untuk mereka atas segala kebaikan.
terima kasih atas ucapan manisnya. hahaha!
remaja purba... ouch!
semoga Allah memelihara anak-anak kita.