
Sejak setahun ini, cita-cita Alif Matiin masih sama, menjadi
architect n chef (jika diMelayukan jurubina dan tukang masak? juru masak? pemasak [
Kamus Dewan]). saya percaya melalui kawasan pembinaan rumah setiap hari untuk ke sekolah, memunculkan minatnya. begitu juga dengan kegemarannya
membantu saya memasak. malah dia punya
apron sendiri yang digantung di penjuru dapur. sejak rancangan memasak kian masyhur, Mohican saya itu mahu dipanggil sebagai master chef. saya percaya cita-cita anak-anak akan terus tumbuh dengan masa. doa saya Alif Matiin berjaya dalam apa juga lapangan yang dimasuki. saya ingin sekali bercerita kepadanya malam nanti tentang Rasulullah, yang turut
membina masjid sewaktu mula tiba di Medinah dan mudahnya
baginda ke dapur membantu Aisyah apabila masakan belum tersedia di meja. Allah, saya mahu Alif Matiin mencintai Rasul-Mu menerusi cita-citanya itu!
Comments