Saya sangat kurang senang jika saf solat jemaah ada yang renggang di sebelah. ya Allah, ampunkan saya, renggang yang luas. sedang saya tidak dapat berganjak setelah memulakan takbir. ustaz dan  ustazah, apa yang sebaiknya saya lakukan, memenuhkan yang renggang arah ke kanan atau kiri? alangkah saya dapat menyempurnakan saf di masjid yang permai ini. o Allah, benarkan hasrat saya itu. saya sangat menyintai solat jemaah yang dengannya saya lebih berkasih sayang!

Comments

ardisia said…
setahu saya kanan.eloklah merujuk kepada ustaz/zah.mencelah pula saya di sini.Apalah saya ini, secara tiba-tiba ada suara berkata "darri kiri!cepat jalan!".Aduh, itu kenangan kawad semasa zaman remaja purba dulu.
Mawar said…
Ardisia,
ya, saya juga pernah diberitahu begitu. saya pernah ditegur jemaah malaysia semasa di mekah, kerana tidak penuhkan saf di hadapan; sedang saya sudah mengangkat takbir! Allah ampunkan saya. banyak hukum hakam yang saya tidak tahu.
ardisia said…
hmm..kalau saf depan saya kosong,saya pernah diajar oleh ustaz/ustazah untuk penuhi saf hadapan itu dengan cara bergerak kehadapan setapak,berhenti,setapak lagi, berhenti,tidak bolehlah berjalan terus macam biasa kita jalan.kalau dalam kawad,macam 'perlahan jalan!'.saya pernah buat begitu semasa waktu menjadi pelajar dahulu.kenapalah sekarang saya tidak berani pula buat jalan robot sebegitu.ya Allah,ampunkanlah saya jika sekiranya saya ini lebih takut manusia menegur daripada memenuhi saf kosong itu.
Mawar said…
Ardisia
ya, saya juga diberitahu Zahar hal yang sama. dan membaca tentang "pergerakan" Rasulullah dalam solat. semoga Allah ampunkan kita.
Dartz said…
Untuk solat jemaah yg ramai sebenarnya merapat ke imam. Kerana Imam ditengah-tengah. Kalau yg solat disebelah kanan imam kita merapat kekiri, dan kalau kita solat disebelah kiri imam kita merapat ke kanan.
Mawar said…
Dartz
terima kasih.
saya belum dapat membayangkan kedudukan itu bila berada di ruang solat muslimah, yang terhadang dengan tirai....