Sakit kepala saya datang lagi. bagai angin panas yang mengembang dalam kepala. cuba bertahan hingga azan maghrib, saya didatangi Alif Matiin. memujuk kesakitan saya dengan membawakan hadiah kecil. oh, Allah. saya tahu itu hadiah dari ibu gurunya di sekolah sempena hari lahirnya yang lalu. terima kasih guru-guru yang mengasuh anak kami menyayangi orang lain melebihi dirinya sendiri. alhamdulillahi rabbil alamin... ini foto hadiah kecil dari Alif Matiin, namun besar maknanya. ia pengubat marah, geram, kecewa dan kesal yang saya bawa pulang dari pejabat. ya, saya seperti burung yang marah ini siang tadi.

Comments

JBSKMKJ said…
apabila kita bekerja atau berinteraksi dengan orang lain dalam kehidupan, kita tidak boleh lari daripada stress...

dan, pelbagai cara juga digunakan untuk mengubati stress mengikut citarasa masing-masing.

Dr jgn stress selalu ya...keep smiling...:)
Mawar said…
Sdr Nai
adat bekerja, begitulah...terima kasih.
ardisia said…
hihihihi..ya, seperti biasa, saya mudah tersenyum walaupun raut wajah ini nampak teramatlah serius setiap masa!
Mawar said…
Ardisia
wajah yang selalu senyum, orang kata murah rezeki!
ardisia said…
oo..begitu ya?OK, saya cuba tersenyum sentiasa dengn seikhlas-ikhlasnya
Mawar said…
Ardisia
itulah yang sebaiknya! jangan jadi macam saya, pernah dituduh sombong apabila "terlupa" senyum :-(
ardisia said…
saya pula memang telah selalu dicop sombong oleh mereka yang belum mengenali diri ini.saya sedang gigih,cuba padamkan cop itu buat selama-lamanya.
Mawar said…
Ardisia
ya, kita sama-sama kekalkan senyuman untuk kebaikan dan kesejahteraan....