Mahasiswa akan kembali semula ke kampus minggu hadapan. ini cuti antara semester yang singkat. sebulan, relatifnya sekarang seperti seminggu. masa terasa begitu cepat berlalu. banyak persiapan masih perlu dibuat untuk semester baru. banyak kerja yang sedang berjalan pula, perlu segera disudahkan. dalam meneruskan semua ini, saya selalu membayangkan, saya sama sekali tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. dan saya teringat carpe diem dari baris puisi Horace, Odes. semoga saya dapat meraikan hari ini sebagai anugerah atau hadiah, andai kata tiada lagi esok bagi saya. saya mohon keampunan dari Allah untuk sekian kali dan saya terus berjanji dalam hati untuk menumbuhkan kebaikan, seberapa banyak. semoga Allah memberi saya ruang. Allahu akhbar!
Comments
Dr, tiada lagikah bengkel penulisan seperti dahulu? Rindu! :)
ya, panjang umur kita jumpa. TAHNIAH, keputusan ujian yang cemerlang!
saya ingin sahaja menganjurkan lagi. cuma selalu menimbangkan strategi terbaik dengan pendekatan yang berbeza...mmmm. TAHNIAH, semakin prolifik! teruskan!
saya ada sesuatu untuk dibincang bersama .. kalau boleh berhubung melalui emel elok juga.
mohon dipertimbangkan
sori kalau ayat agak ketat dan formal
silakan ke mar@ukm.my
terima kasih.