Benarkah kata orang (antaranya Freud), mimpi adalah projeksi realiti. apa yang tidak terlaksana di alam nyata, akan kita panjangkan dalam kembara tidur. sering juga saya mengalaminya. termasuk bertemu dengan sahabat lama yang sekian lama saya menanti kemunculannya di pintu rumah. begitu,  mata kanan saya yang bergerak-gerak untuk tiga minggu ini. dua hari sudah, sahabat lama saya dari jauh menelefon, kebetulan dia akan berada di daerah kami pada hujung minggu ini. oh alangkah bahagianya bertemu kembali sahabat lama. ouch, ada orang yang mengerling, katanya, saya tidak sudah sudah dengan nostalgia! dan hujung mata kanan saya terasa bergerak-gerak lagi!

Comments

JBSKMKJ said…
Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia

Karena sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

Mencari sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

Lirik lagu : Kumpulan Padi
Unknown said…
follow back blog saya.... syukron katsiron.... :)
Mawar said…
Sdr Nai
saya akan selalu suka kata-kata tentang persahabatan. mengesankan. terima kasih.
Mawar said…
Pena-aksara,
sudah ziarah!
ardisia said…
Dr Mawar,
entah macam mana, dengan kehendak Allah,malam Jumaat lalu saya mimpikan Dr Mawar dengan AM buat julung-julung kalinya.saya rasa kelakar kerana dalam mimpi itu,rambut Dr Mawar begini-begini dan rambut AM begitu-begitu.aduhai!kelakarnya.biarlah rahsia.nama pun mimpi.manalah pernah tengok itu semua.
Mawar said…
Ardisia
bukankah, kita pernah cerita pasal rambut (syyy). itulah projeksi realiti.