Meraikan ulang tahun yang seterusnya di kota Rasulullah Pengutus  Risalah. bukankah itu saat yang sangat membahagiakan! ya, ulangtahun saya mengikut takwim hijrah adalah pada tanggal 1 muharam. sedang tahun baru di Medinah, tidaklah menjadi acara besar seperti yang berlaku di tanahair. tiada bacaan yassin, doa penutup dan pembukaan tahun. apalagi penganugerahan tokoh-tokoh maal hijrah. ini donut coklat yang agak besar ukurannya. sempat kami sambar dari penjuru Hotel Mövenpick. donut sebesar ini hanya SR5 berbanding harga yang sama dengan ukuran biasa di Safwa Tower di Mekah. raikan ulangtahun hanya dengan donut? saya merasakannya lebih daripada itu apabila sudah tenggelam dalam nikmat berada dalam Masjid Rasulullah. ya, alhamdulillahi rabbil alamin, saya sudah selamat pulang  ke tanahair menjelang awal hari november 29 bersamaan 4 muharam. apa kabar?

Comments

JBSKMKJ said…
Saya khabar baik...gembira dan syukur kepada Allah Dr. Hjh. Mawar telah selamat pulang ke tanah air. Tentunya pengalaman menunaikan haji dan menyambut ulang tahun kelahiran di kota Mekah bersama suami tersayang sesuatu yg istimewa dan tersemat di sanubari. "Ahlan was sahlan wa marhaba"
Rositah Ibrahim said…
Alhamdulillah, selamat pulang....
Selamat pulang Dr. Hajah Mawar. Jumpa di kampus!
Mawar said…
Nai
alhamdulillahi rabbil alamin. syukran!
Mawar said…
Itah,
terima kasih atas sambutannya.
Mawar said…
Nis
terima kasih. saya seperti tidak mahu masuk pejabat semula setelah sebulan lebih dengan rutin yang sangat mengamankan...
haku said…
dr..! saya sihat..
saya jadi rindu dengan suara dr..
ingin sekali berkongsi pengalaman dr disana..
Alhamdulillah. Semoga sihat juga buat Dr Hajah Mawar. Selamat pulang dan kembali dilapangan ilmu
CIK NEEYA said…
selamat pulang Dr..dan selamat ulang tahun juga :)
Mawar said…
Haku
saya rindu juga! insya Allah nanti akan saya cuba rakamkan dalam entri seterusnya. terima kasih.
Mawar said…
Norziati
terima kasih. hingga jumpa. jemput ke SAKM 7-8 disember ya.
Mawar said…
Husniyah
terima kasih. saya rindukan Husniyah dan kawan2 :-)
Mawar said...
Nis
terima kasih. saya seperti tidak mahu masuk pejabat semula setelah sebulan lebih dengan rutin yang sangat mengamankan...

December 3, 2011 12:26 PM

Dr. Mawar,
Mungkin boleh disalurkan rasa yang sangat aman itu ke kampus. Kita sangat memerlukannya!
Mawar said…
Nis
oh, senang untuk saya berbahagi rasa...