Kurang sejam sebelum azan maghrib, saya tiba di dapur rumah, sempat saya sediakan bubur awal tahun kami sempena 10 muharram. istimewanya  juadah tradisi keluarga kali ini, saya yang menyediakan bubur dan bonda yang kebetulan ada di rumah, menyiapkan sambal terasi bersama ikan masin bulu ayam! inilah hidangan berbuka puasa kami. sambil menikmati bubur yang sedikit masin, saya mengimbas hari pertama di pejabat setelah hampir 50 hari bercuti. menghadiri 2 mesyuarat, banyak nama orang yang saya lupa dan saya terkial-kial meneka kata laluan komputer! rasa macam budak baru mula bekerja...

Comments

JBSKMKJ said…
terlupa kata laluan? bukan bermaksud tua...tetapi proses pembelajaran itu kan sepanjang usia. Menyediakan bubur asyura untuk keluarga...besar pahalanya...bubur asyura bubur istimewa...:)
Mawar said…
Nai,
maaf, tak sempat nak hantar barang semangkuk...