Cerpen "Benarlah Kata Angin Itu, dan Saya Meneruskan Perjalanan" mewacanakan hakikat kesementaraan dan keabadian dengan menyelami jiwa individu yang berasakan dirinya "majal" kerana menjadi penyebab kematian orang yang akrab dengannya. dalam dirinya berlaku gejolak fikiran kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa ajal pasti datang. dia mengalami trauma apabial menziarahi orang sakit, kerana pada setiap kali menziarahi orang sakit, dia menerima khabar kematian orang yang dikunjungi itu selepas dia pulang. dia merasakan seoah-olah dialah penyebab kematian itu. dengan mendalami al quran kecamuk jiwanya menjadi tenteram dan dia menerima suratan takdir.
penggunaan lambang adalah sinkronik dengan subjek dan makna dalamannya. imej rumah pusaka sebagai tempat kelahiran dan pewaris terakhirnya yang kesepian melambangkan hakikat ketersendirian manusia pada penghujung perjalanan hidup. rumah asal yang menyaksikan pelbagai peristiwa merupakan refleksi terhadap kitaran hidup manusia takah demi takah sehingga akhir perjalanannya. sudut merupakan sesuatu yang terasing dan tidak diberi perhatian tetapi dalam cerpen ini sudut diberi nilai maknawi yang bersifat rohaniah yakni mewakili juzuk kecil yang menjadi saksi kematian. selajur angin yang membawa khabar kematian pula ialah peringatan tentang makna kehidupan dan hakikat kematian yang bakal datang, penggunaan lambang yang personal ini ternyata fungsional dan sugestif bagi menjelaskan hakikat kehidupan dan akhirannya.
Comments
alhamdulillah dan terima kasih. saya singgah di "rumah" sdr.
saya pun terkesima dengan catatan sdr ini. masya Allah.
alhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih.