Sesekali muncul sergahan ini: saya tidak mahu bertemu siapa-siapa. hari ini saya harap tiada yang mengetuk pintu kerja, dan saya mahu terus aman dengan kertas yang bertaburan di komputer. sambil mahu meneguk teh yang masih berasap, dibawakan pelajar saya dari hangzhou, zhejiang. sedang hujan petang di luar jendela kaca, sangat bersahabat dengan pohon rendang yang mengepung. sekejap itu, saya berhasrat menjadi sahabat yang baik dan sering mahu mengirim cerita. sahabat yang mahu minum bersama dengan sepiring pai epal yang sempat disambar dari kafe kampus. akhirnya, saya melihat, saya masih di kerusi ini dengan kerja dan memandang kisah hujan petang yang belum berkesudahan. saya sedar tidak semua yang mahu bersahabat, malah menjadi khawatir dan renyah kerananya.
Comments
sesaat terpukau:
hati menjadi khawatir.
Ameer Arshad . A126280. Penulisan Kreatif sem 1 2011/2012.
dan saya terus dengan cerita hujan petang dan kisah nan walang...
saya sudah melawat blog sdr.
jika ada masalah dengan laptop sdr, apa yang perlu sdr lakukan ya? :-)
Sedang berhati walang? Singgahlah ke:
http://justlittlethings.net
Kembali tertawa dan bersyukur tentang segala-galanya.
Encik Anon
apatah lagi kalau perlu masuk makmal fonetik, untuk menterjemah setiap bunyi gemerincing atau nada yang datar...?
terima kasih, alhamdulillah. saya sudah tersenyum, hampir ketawa dan sangat bersyukur apabila singgah di laman yang diusul.
insya Allah saya selalu sematkan di hati menjadi insan yang bersyukur atas segala anugerah yang diberikan. dan saya belajar untuk memberi apa yang saya punya itu. namun kadangkala atau dalam banyak waktunya juga, tidak semua orang senang menerima apa yang cuba saya berikan atau yang saya mahu kami berbahagi. malah, ada curiga, tidak selesa atau mungkin memikirkan saya terlalu mendesak untuk terus bersahabat. dan akhirnya seperti yang catatkan, saya kembali sendiri terus di meja kerja. atau saya harus mula belajar sesuatu yang lain. ya, tidak semua memahami hasrat kita.
saya sudah letak pautan Just Little Things. terima kasih. sangat suka.
akankah sampai suara kalbu?
bulan hanya diam di muka air.
Sahabat sejati pasti ingin berbahagi. Yang tidak menerima, anggap sahaja mereka sudah ada segala-galanya. Atau mereka tak ingin menambah kepada apa yang sudah ada.
Mengapa tak berkhabar dengan orang yang benar-benar ingin mendengar?
Ketika seseorang berpaling, adakah dunia yang lain turut menjadi mereka yang asing?
Encik Anon
o bulan!
ya, kononnya saya mahu sekali menjadi sahabat sejati.semoga saya terus berikhlas hati...