Dalam tuntutan tanggungjawab seharian, timbunan tarikh-tarikh penting, meja kerja yang tambah tidak terurus; antara getaran rasa yang kian mendebar, saya jadi seperti mahu menghentikan segalanya daripada bergerak. dahsyatnya imaginasi saya. alangkah! dan ia pastinya tidak akan berlaku sehingga masa itu tiba nanti.

Comments

JBSKMKJ said…
Saya memahami Dr. Mawar. Lakukan apa-apa yang termampu. Utamakan yang utama. Selebihnya, doa kepada Tuhan agar dipermudahkan.

ps: Bulan Oktober semakin hampir. :)
Mawar said…
Nai
terima kasih kerana menjadi sahabat yang memahami. amin.

ya, oktober semakin hampir dan mendebarkan.
Anonymous said…
ada apa dengan oktober?

apa tak ada getar dalam bulan-bulan yang sebelumnya?

atau yang sesudahnya?

atau pada oktober yang pernah ada?

atau oktober yang kelak di tahun-tahun seterusnya?

(soneta untuk ana)
Mawar said…
Anonymous
hahaha, oktober untuk saya selalu debarnya lebih berbanding bulan-bulan lain; apatah lagi oktober 2011. ada apa dengan oktober 2011? nanti, saya khabarkan. ini masih september.

terima kasih atas perhatian.