Amannya saat masa mengepung saya dengan hanya berteman buku dan secawan coklat panas. kemudian banyak yang menjadi catatan. saya terus menantinya. sedang sekarang masa begitu bergegas. sementara hati dan fikiran masih mencongak-congak. oh Tuhan, adakah begitu isyarat yang singgah, membenarkan suara yang tidak berkata.
Comments
Saya bukan Dr. Mawar, tapi sebagai seorang yang juga berusaha mendidik anak bangsa, saya tidak akan benarkan anak murid saya meminjam/membuat salinan slide daripada bahan kuliah saya.
Tugas pelajar adalah mendengar dengan telinga, melihat dengan mata, dan mencatat nota daripada kuliah yang diberi dengan jari jemari (dan pena). Telinga, mata dan jari jemari adalah di tempat yang berbeza.
Kenapa tidak melakukannya?
Jangan ambil mudah kalau ingin mendapat ilmu. Orang yang tanpa ilmu akan selalu mengambil mudah tentang apa sahaja dalam hidup.
Belajar, bertanya. Jangan asyik mahu meminjam.
Ya, kalau saya jadi Dr. Mawar, saya akan katakan "tidak boleh."
Wassalam,
Encik Anon
P/S: Dr. Mawar, minta maaf untuk komentar ini. Kata orang, mengajar ada dua kaedah, carrot or stick. Saya memakai kaedah yang nombor 2. Dan saya bersyukur, guru2 dan pensyarah2 saya menggunakan kaedah yang sama dalam mendidik saya.
berbanyak terima kasih atas nasihat kepada Rai. ya, kata-kata yang sama akan saya jawab kepada Rai.
terima kasih.
begitulah belajar di universiti. masih ingat slide piramid saya? cara utama belajar di universiti bukan semata-mata kuliah. ingat falsafah "to teach is to learn twice.”
tidak mengapa, Rai dan kawan-kawan mahasiswa tahun 1 dan akan lebih banyak menyesuaikan diri dan belajar.
selamat maju jaya!
Seperti menjadi tua, jangan fikir tua, biar tua datang sendiri.
Insya-Allah, lambaian semakin hampir dan saya doakan Dr akan berjaya melaksanakannya dengan sempurna. Doakan untuk saya juga ya. :)
p/s : Jangan patah semangant Rai..
Terima kasih semua ya..
Saya mmg sempat salin nota n dengar apa yang dr. sampaikan, cuma sy tertarik dengan hehee...sajak y sasterawan usman awang ; kekasihku tu..heheehhe.. masa kami form 6 dulu adaa juga dok kaji, tapi cikgu xpergi dengan mendalam la..saya cari juga video sajak tu tapi xjumpa pula..hehehe..cuma jumpa yang pembelajaran kuliah lepas; Fatwa Pujangga..hehehe...
Anyway, saya minta maaf pada semua ya, dan thanks a lot...
Semangat ni..hehehe InsyaAllah...
Sajak Kekasih Pak Usman ada di merata-rata tempat; perpustakaan, kedai buku dan di koleksi buku simpanan peribadi ramai orang.
Di internet sudah tentu ada orang yang baik hati mahu mencatatnya.
Itu saya katakan, belajar mencari dan bertanya. Usaha lebih sedikit, mesti akan berjumpa.
Kalau boleh bergelumang dengan sampah sarap di internet, kenapa tidak berusaha menggali intan permata?
"Kekasih" Pak Usman adalah kekasih pencinta sastera Melayu Malaysia juga.
Manusia lahir adalah untuk hidup, bukan untuk mati. Kalau sedikit digoncang sudah patah, bagaimana mahu berdiri?
Belajar! Belajar! Belajar!
Juga, untuk rai dan orang-orang muda yang lain, belajarlah menulis dan berbahasa dengan lebih baik apatah lagi kalau yang dihadapnya itu orang yang lebih tua (apatah lagi guru sendiri).
Bukankah bahasa menunjukkan bangsa?
Wassalam,
Encik Anon
p/s: Encik Nai: Hidup bukan mudah, jadi orang muda harus belajar menanganinya dengan cara yang payah. Itu akan jadi bekal pengalaman yang lebih berharga untuk dirinya dan menjadi dewasa.
terima kasih kerana sudi menasihatkan pelajar saya. peribadi, saya sangat menghargainya. begitulah anak muda, harus terus tajam fikiran dan mata untuk melihat sisi yang baik agar menjadi pedoman hidup mendatang.
waalaikumussalam. terima kasih atas ingatan dan doa. insya Allah saya turut mendoakan kejayaan Nai untuk di sini dan di sana...
ya, antara ingatan yang sering saya umumkan dalam kuliah adalah menggunakan bahasa yang cantik. itu cerminan diri...
Anon dan Dr. Mawar,
Jika itulah prinsip dan falsafah belajar, maka penyediaan nota kuliah secara online yang diuniversiti-universiti tempatan dan luar negara, adalah bagai menyisipkan elemen negatif ke dalam proses pembelajaran mahasiswa.
pendirian saya sejak dahulu, saya tidak setuju dengan sistem itu. apatah lagi untuk pelajar yang dapat berjumpa pensyarah hampir setiap hari. memberikan slides berisi kata kunci(points) masih wajar tapi tidak sama sekali nota kuliah.
Saya orang tradisional, dan lebih cenderung kepada kaedah penurunan ilmu secara tradisional.
Bagi mendapat ilmu, murid mesti berhadapan dengan guru. Paling tidak, ada hubungan secara tidak langsung, agar anak murid menghormati guru, sekaligus ilmu yang diperturunkan.
Saya tidak percaya belajar secara maya. Apatah lagi lagi tanpa soal tanya.
Pelajar sekarang malas, cuma pandai menyalin tampal. Malangnya, dia sendiri tidak tahu apa yang disalin tampalnya itu. Jadi, bagaimana ilmu mahu menyerap ke dalam fikiran, apalagi untuk dipraktikkan?
Dulu, orang bilang, sebelum masuk universiti, kita serupa lembu. Bila tamat belajar, kita jadi manusia. Sekarang pula, pelajar masuk universiti sebagai vending machine, bila tamat belajar, mereka jadi mesin fotokopi.
Encik Anon