Ya Hayy, Yang Maha Hidup, cukuplah Allah memelihara kami dan Dialah sebaik-baik wakil.

Ya Qayyum, Yang Maha Berdiri Sendiri, Engkau yang memerhati dan mengatur segalanya dengan susunan sempurna buat kami.

 

Ya Wajid, Yang Maha Menemukan, di satu titik istimewa itu, temukan keghairahan rohaniah dalam hati kami. di titik itu kami mahu dakap keindahan dan keagungan-Mu, ya Allah. saat memasuki ramadhan lalu, doa kami untuk bertemu dengan malam seribu bulan, malam Jibrail turun dari tempatnya. moga kami dikasihani-Mu dengan doa itu dalam sepuluh malam terakhir ramadhan ini, Ya Wajid.

Comments

RayyanZilfi said…
Ya Hayy, Ya Qayyum, alhamdulillah, setelah sakit perut selama 15 hari, Dia masih memberi kesempatan utk saya meneruskan baki Ramadan kali ini dan dapat berkunjung lagi ke halaman Dr Mawar.Semoga Dr Mawar sekeluarga sentiasa sihat dan dirahmati olehNya di akhirat dan dunia.Jangan terkejut ya, jika saya katakan bahawa mungkin AM lagi banyak hari dapat puasa, sedangkan saya baru masuk hari ke-3 selepas sakit, menjadikan jumlah kesemuanya baru 7 hari! Pun begitu, alhamdulillah.
Mawar said…
Rayyan
cepat sembuh!