Ya Qabidh, dalam kesempitan yang Kau takdirkan, kami tahu itulah pelajaran yang membijaksanakan.
Ya Basith, ya Allah Sumber Kelapangan. lapangkanlah hati setiap kami sehingga tidak ada kebencian dan permusuhan antara kami.
Ya Khafidh, Tuhan yang Merendahkan dan Menghinakan, berilah cahaya dalam hati kami untuk menghormati, mencintai dan menyayangi yang lain. kami mahu bersama mereka dan merasa apa yang mereka rasakan.
Ya Rafi, yang Maha Meninggikan, jauhkanlah kami daripada sombong, merendahkan dan membuka rahsia orang faqir. santunkanlah kami. sesungguhnya kami tidak mahu menjadi semut-semut kecil di hari pembalasan.
Comments