Ya Samad, Yang Maha diperlukan, janganlah ada keangkuhan dalam hati kami. sesungguhnya Kau jadikan makhluk lain sebagai sumber penyelesaian kesulitan kami. alhamdulillahi rabbil alamin!

Ya Qadir, Yang Maha Kuasa, kami mahu sujud kerana itulah pengakuan akan keagungan dan kekuasaan-Mu, itulah penghormatan dan takzim kami yang besar.

Ya Muqtadir, Yang Maha Menentukan,  ingin dimulakan setiap pagi kami dengan sebutan nama-Mu ini agar setiap urusan dapat diselesaikan sebaiknya, penuh waspada dan fikiran yang tajam.

Comments