Ya Muqaddim, Yang Maha Mendahulukan, kami dahulukan penerimaan atas segala yang Kau beri kerana itu adalah kedekatan kami dengan-Mu.
Ya Muakhir, Yang Maha Mengakhirkan, ada doa yang kami mohon, belum lagi Kau penuhi. sedang Kau mahu kami menyelidik diri, ya Allah.
Ya Awwal, Yang Maha Awal, Yang Memulakan segala sesuatu. dengan nama-Mu yang agung kami memulakan tugas kami. terimalah ia sebagai ibadah, ya Allah.
Ya Akhir, Yang Maha Akhir, saat kami berdoa, kami sangat yakin Kau mendengar dan Kau menyentuh tangan Kami yang sangat-sangat memohon ampun. terus menyentuh tangan kecil kami, ya Akhir. jangan sekali-kali kami berasa jauh dan kehilangan-Mu, ya Akhir!
Ya Zahir, Yang Maha Nyata, bangunkan kami daripada lena dan leka untuk selalu sedar hidup ini punya makna. kami tidak pula mahu mensia-siakan masa yang sempit ini. dalam kekhilafan dan kedaifan itu, ampun dan terimalah kami, ya Zahir.
Ya Batin, Ya Maha Tersembunyi, kata-Mu tinggalkan dosa yang kelihatan dan yang tersembunyi (al an'am: 120) dan kami mahu menyebut dengan seikhlas hati, amantu billah, saya beriman dengan-Mu Allah!
Comments