Ya Majid, Yang Maha Mulia, yang selalu memberi kesempatan untuk kami berakhlak mulia, hindarkan kami daripada berpura-pura. ikhlaskan hati kami, ya Allah.

Ya Wahid, Yang Maha Esa, ampunkan kami kerana masih banyak kami memohon kepada selain-Mu sedangkan Kau tidak sekali-kali memutuskan tali-Mu.

Ya Ahad, Yang Maha Esa, membaca perlahan-lahan surah-Mu, al Ikhlas, mengiringi jalan pulang ayahanda kami, Azizi Haji Abdullah, di satu penjuru paling sunyi, kami merenung sedalamnya erti sebuah kelahiran dan kematian. ya Ahad!

Comments