Ya Muiz, Tuhan yang Memuliakan, apabila kami perlu memilih, jadikanlah kemuliaan-Mu menyinari relung hati dan peribadi kami.
Ya Mudzil, wahai Tuhan yang Menghinakan, tumbuhkanlah cinta dalam hati kami ini. kami mahu mencintai daun, orang tua, anak-anak dan hujan. kami mahu mencintai seluruh alam dengan kasih sayang. jangan sekali-kali kami dihina dan menghinakan.
Ya Sami', wahai yang Maha Mendengar, jawablah rintihan dan pujian kami. bahagiakan kami dengan utusan kebaikan.
Ya Basir, wahai yang Maha Melihat, jadikanlah kami hamba-Mu yang teristimewa, hamba yang Kau perhatikan, kasihani dan lindungi. sesungguhnya Kau di mana-mana dan melihat setiap apa yang kami perbuat.
Comments