Saya keluar sebentar untuk menyelia pelajar kami yang sedang menjalani latihan di Jemari Seni. bagusnya bertemu dengan bos JS yang merupakan kenalan. di samping menjalankan tugas rasmi, kami sempat bertukar fikiran tentang kerja editor, pemasaran dan kesusasteraan.
menariknya mengenali bos JS yang baik hati, saya dihadiahkan empat novel terbaharu terbitan JS di bawah syarikat bersekutu JS, Adiwarna. menurut bos lagi, JS Adiwarna sedaya upaya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. ya, seharusnya!
Seperti biasa, saya jadi janggal dan tak tentu arah apabila mahu dihadiahkan buku (kebetulan buku itu juga karangan bos JS). saya sebenarnya rasa tidak selesa dihadiahkan buku. saya suka membeli daripada diberi. malangnya saya tidak pula mengeluarkan dompet apabila disua empat novel itu! atau saat itu saya merasakan bos JS benar-benar ikhlas menghadiahkan.

doa saya semoga JS terus maju menerbitkan novel bersahsiah! amin.
Comments
Saya sudah memiliki novel Langsir Biji Remia dan sudah membacanya,:)
Selamat membaca buat Dr, ya. InshaAllah boleh juga beli dan baca novel saya pula nanti :)
beli satu lagi untuk simpanan peribadi :-)
ya, saya akan beli dan baca novel Hasni.