Saat saya terharu ada yang mahu meninggalkan rumah besarnya untuk diwakafkan bagi kesejahteraan orang banyak, saya jadi rusuh dan sebu bila mendengar ada pula yang mahu membina rumah yang lebih besar di puncak bukit, punya taman besar dengan kolam renang di bahagian lerengnya. dan jiwa saya lebih sengsara yang mahu punya rumah gadang bersama taman dan kolam itu adalah ahli agama. ah,  bodohnya saya mahu memahami kehendak manusia...






Comments

Mohd Tarmizi Hasrah said…
Saya teringat akan sebuah novel karangan Gao Xingjian yang berjudul Gunung Jiwa; sebuah novel yang menonjolkan "keresahan" dirinya, lalu dilakukan kembara buat mencari diri. Di situ, si pengarang ini kerap memaparkan multi-dimensinya manusia, malah kadangkalanya paradoksal; di satu sisi, kehendak kebendaannya melampaui kehendak jiwanya; di sisi lain kadangkalanya sejalur saja; di sisi lain lagi kehendak jiwanya mengatasi segala-galanya. Tapi, itu indahnya menjadi manusia. Kerana itu, kita tak henti-henti mencari. Sering saja berbagai-bagai persoalan berkutat di akal budi; siapa kita? kenapa kita berada di sini, di dunia ini? ke mana kita selepas ini? dll.

Wallahu'alam
akuHans said…
Salam. Dr Mawar, maaf bertanya. saya nak minta pendapat Dr, saya baru menulis cerpen dan dijangka paling lewat siap mungkin pada ahad ini. cuma yang meragukan saya, bolehkah saya memasukkan kata-kata watak saya yg ditulis dalam blog di masukkan dalam cerpen saya? Maksudnya, watak saya adalah seorang penulis blog. jadi, saya ingin sisipkan ayat-ayat yang ditulisnya dalam cerpen saya?Bagaimana pendapat doktor... _-HANIS @ Brooke.. :)
Mawar said…
Mizi
begitulah "gunung jiwa" yang mahu terus dipanjat, di sepanjang jalan curam itu kita menemukan banyak hal. ada yang berkata destini, puncaknya, tidaklah begitu penting. sebaliknya pendakian itu yang lebih mengajar kita...
Mawar said…
Hans
boleh saja!
selamat menulis.