Semester ketiga ini saya bertemu mahasiswa yang mengambil kursus Penulisan Kreatif sebagai mata pelajaran pilihan. terima kasih kepada Atiqah , Azemuniza , Hafifyn , Khairunnisa , Nor Azrin, Siti Mastura , Sah Rezan , Engku Faris , Mohd Izzat Azren , Mohd Faizal , Norfahani , Siti Noor Azmira , Fatin Nadiah , Khodijatul , Izzat Amir , Hanis , Immalina , Nur Fatin , Azilah dan Amirullah yang ikhlas mendaftar. kali ini tugasan mereka, merakam jurnal berdasarkan genre muzik. mungkin sahaja mereka seronok atau hairan bagaimana akhirnya nanti terhasil sebuah cerpen.
Posts
Showing posts from May, 2011
- Get link
- X
- Other Apps
Si Mohican sudah pandai berbahagi kisah mimpinya dengan kami. cerita Mohican, setelah ditinggalkan dalam sebuah perahu, bersama sahabatnya, mereka berdua berhadapan dengan seekor jerung yang sangat besar yang kemudian menelan mereka. Mohican bercerita bagaimana mereka diserang ombak juga. ombak itu membawa mereka keluar dari perut jerung. ada lima lagi kanak-kanak dalam perut jerung, bapak. Zahar bertanya, siapa yang meninggalkannya dalam perahu. Mohican yang berdiri penuh aksi bercerita di hadapan kami menunjuk saya. mummy. heh?
- Get link
- X
- Other Apps
Sejak pulang dari Pusat Sains Negara dan membawa balik hadiah haiwan purba ini, setiap hari Alif Matiin bercerita dan membesarkan si Dino dengan merendamnya. dan setiap pagi menjenguk kolam kecil, Alif Matiin akan menjerit, mummy, Dino sudah besar dan besar sangat! dan sekejap saja kemudiannya Zahar pula menjadi haiwan purba yang mengaum bila kereta kami tercalar dek basikal penjaga Dino! aummm!!!