Saya kira tidak perlu tunggu hujung minggu, dapur dijadikan ruang terapi dan ekspresi. petang khamis yang lelah sekembali dari ruang kerja, saya segera membuka halaman resepi Mavin Yong, Sentuhan Nyonya dan Aneka Hidangan. pilihan kami ialah ayam kapitan. saya akan letakkan resepinya di catatan tanggah. ya, enak!


Comments

ardisia said…
Begitu enak sekali kelihatannya! Saya pula sebentar tadi,baru mencuba membuat...karipap!Hmm..kurang seni.Bila dah siap,kelihatan seperti DUGONG atau Toyota VIOS yang dilihat dari tepi!Apa2 pun kawan saya kata sedap.
Mawar said…
Ardisia,
hahahah, tak apa, lama-lama akan jadi rupa karipap.

masa kecil saya di Singapura, kami kenal karipap sebagai karipap mamak tiga segi, berinti kentang daging dan rangup tepinya tanpa kelim. malah saiznya besar 3-4 kali ganda daripada "karipap" @ "tepung bawang" @ "epok-epok".
diana UKM(06-09) said…
wah...tekstur cukup menggiurkan.....sila berkongsi resipi ya Dr .Mawar.....
Mawar said…
Diana

saya sudah tinggalkan resepinya di catatan tanggah. silalah cuba!