Kami berutus surat sejak berusia kurang lebih 10 tahun sehingga mencecah satu dekad lamanya, sebelum terputus hubungan secara teknikal. dan menjelang ramadhan lalu saya dijejaki kembali. manisnya pertemuan pertama kali  setelah hampir 30 tahun bersahabat. terima kasih Hisham @ Batman kerana sudi datang sempena majlis pelancaran BSM di PWTC kelmarin.

Comments

Saya dengar ceritanya. Persahabatan lampau dengan pena dan surat lebih mengesankan :-)
Mawar said…
Norziati,
aduhai, maaf!
datang ya semasa pelancaran?
sayangnya tak dapat jumpa!
Ya, saya hadir tetapi bergegas keluar sebaik tamat forum. Perlu kejar masa untuk menjelajah gerai-gerai yang ada. Syukurlah hari itu mendapat ihsan bos yang memberi lampu hijau keluar awal dari pejabat :-)
Mawar said…
Norziati lagi,
memang dalam beribu yang datang, rezeki Allah berikan untuk kita bertemu dengan kawan lama, guru lama dan sahabat maya. alhamdulillah.
Shukri Hamzah said…
Salam Dr.Kesempatan yang berharga tidak akan datang selalu:)
Mawar said…
Sdr Shukri

ya memang berharga, sampai tak boleh berkata-kata. kelu. hehehe...