Antara siri novel saya dan teman-teman membaca, menghayatinya dalam hidup remaja kami hampir tiga puluh tahun lampau. saya temui wajah kulit baru ini di PBKL. akan saya hadiahkan buat setiap mereka yang istimewa - Jane, An, Ijen, Mie dan seorang lagi yang kian jauh. siri seri melur yang banyak mengajar makna persahabatan, kasih sayang, kejayaan dan betapa indahnya ingatan kepada kawan...ps: Hani Bunny, terima kasih menemukan buku comel ini.

Comments

ardisia said…
Dr Mawar,
PBAKL kali ini terasa amat bermakna buat saya kerana bertemu dengan beberapa orang sahabat dan guru yang telah lama 'menghilang' belasan dan puluhan tahun dan... Dr Mawar/Pn Nisah Haron dapat saya jumpa akhirnya.
Rositah Ibrahim said…
Ooo nostalgiknya...siri ini juga yang berpindah tangan ke tangan saya dan kawan-kawan.
Mawar said…
Ardisia,

saya sangat senang dapat bertemu sdr!
Mawar said…
Itah,
nampak benar kita sebaya dan sudah sama2 tua, hahahah.
Dr Mawar,
sama-sama dan terasa sangat bererti dapat menyampaikan hajat itu :)
Mawar said…
Hani Bunny

terima kasih sekali lagi, sayang!
Noor said…
dr mawar,

saya baca juga siri ini.pinjam di perpustakaan sekolah.
Mawar said…
Noor
saya dan kawan membelinya kemudian saling bertukar baca. kami pastikan semua beli "tingkatan" yang berbeza. menariknya selepas itu, masing-masing pegang watak-watak yang ada. saya Rubiah, hehehe.
Anonymous said…
Mawar, Maisha tak sukalah... dia tak suka semua buku Enid Blyton. bosan kata dia... pelik...
Mawar said…
Anonymous @ yang kutahu siapa,
zaman dan latar berubah, begitu juga citarasa remaja. apa yang M suka baca?