Seharian ini saya dalam bengkel menulis. saya segera terkenang ruang bacaan mahaguru saya yang sangat mengilhamkan ini. kepada peserta bengkel dari Pengajian Dakwah, moga kita dapat berbahagi ilham juga. melihat antaranya, di celah aksara SN Muhammad Haji Salleh. menulis cerpen dengan membaca puisi, yuk!

Comments

hasni hanna said…
Bengkel Penulisan Kreatif? Rindunya suasana itu...

:)
Mawar said…
Hasni
ternyata Hasni semakin berkembang cantik dalam penulisan - kreatif dan esei, selepas mengikuti bengkel dan pengajian di UKM. alhamdulillah. terus menulis dan menulis dengan lebih baik. saya selalu jadikan Hasni sebagai contoh kepada mahasiswa lain.
hasni hanna said…
Alhamdulillah Dr,

Terima kasih kepada Dr juga yang melatih saya hingga ke tahap ini. InshaAllah, semakin berkembang dan mekar di taman. :)

Dr,
andai ada bengkel penulisan kreatif lagi jangan lupa iklankan ya. :)
Salam Mawar...
ya, saya juga suka menulis sambil membaca dan menghadam puisi-puisi indah penyair kita. Biar saya tidak pandai menulis puisi tetapi puisi yang indah sangat saya hargai.
Mawar said…
Cik Lily,
tapi selalunya membaca novel awak seperti membaca baris puisi juga... cantik!